rumah tumpangan di kota bharu

Kali ini saya nak cerita tentang pengalaman saya dengan pelanggan saya (ini yang pertama, dan terakhir), tapi di sebabkan ini pertama kali saya bercertia tentang budget hotel saya (dan juga yang terakhir)..maka saya akan bagi sedikit intro tentangnya. Budget hotel saya ni terletak di kota bharu..boleh muat sehingga 65 orang pada satu-satu masa dengan bayaran RM 550 sehari. RM550 sehari untuk tangkap borong seluruh bangunan. Tapi biasanya pelanggan saya adalah pelanggan berkeluarga yang datang bersama keluarga mereka. Dan kebanyakan mereka ini datang ke kelantan sebagai rombongan perkahwinan tak kurang juga yang melancong. jadi untuk pelanggan berkeluarga ini saya caj cuma RM150 untuk sebuah rumah semi-D (ada 3 bilik tidur, 3 bilik air…dan kelengkapan sebuah rumah) sebab tu selalu saya beritahu mereka…..”buat macam rumah sendiri ye”. dan selalunya mereka akan buat macam rumah sendiri. hehe

ok, pada hari raya lalu, lebih kurang jam 12.30 am, saya terima rombongan 6 buah kereta daripada perak..semuanya berbangsa cina. mulanya saya fikir mereka nak melancong. oh, saya silap! mereka baru memeluk islam dan ingin berhari raya di kelantan. terharunya hati ni..melihat lebih kurang 30 orang dari satu keluarga yang baru memeluk Islam..terfikir juga saya kenapa tak beraya je di perak..jauh datang beraya sampai ke kelantan dan kenapa kelantan. soalan ini saya pendam aje dalam benak saya bimbang kalau2 saya tanya nanti…apa dia kata?

Selalunya saya akan luangkan masa dengan pelanggan saya, bersembang dengan mereka dan beritahu tempat2 menarik yang mereka boleh kunjungi dan sebagainya. dan pernah sekali saya ikut sama dalam rombongan pengantin (pelanggan saya) tu pun sebab mereka beriye-iye mempelawa saya. tapi, untuk trip ini, oleh kerana mereka sudah ramai, dah ada geng kata orang, lagipun dah lewat malam…saya minta diri dan pulang ke rumah.

5 Comments

  1. rushdy says:

    Atoqa,
    Kebetulan saya akan menghantar anak sedara kawin disana (tak silap bulan Feb tahun depan), nanti boleh lah kami menginap di Hotel budget you …

  2. atoqa says:

    ye, silakan :-)

  3. raduan says:

    Saya kalau ke Kelantan ,selalu menginap di Suria hotel.Raya tahun depan nampaknye kena tukar ke Hotel budget lah pulak…mana ye lokasinya.

  4. atoqa says:

    lokasinya di Jalan Bayam di Kota Bharu, lebih kurang 5 minit dari Suria Hotel. Berhampiran pasar berek 12. en. raduan selalu raya di kelantan?

  5. raduan says:

    Sebenarnya Tiap kali Raya Saya akan balik kerumah Ayah Saya Di kg Kalai Jeli.Sebelum pulang ke Muar saya dan keluarga akan bemalan Di Kota Baru Semalam,Di Trg semalam dan Di kuantan Semalam.Dah memang Rutin dari Muar Singgah Tidur kat Bahau pas tu tidor kat Kuala Lipis Barulah terus ke Jeli Tak lah Penat sangat Memandu.Maaflah Ayat berbelit sikit.

Leave a Reply