Kenaikan Harga Barang: Permintaan Melebihi Penawaran?
Saya sering kali tidak puas hati apabila terpaksa membayar lebih untuk sesuatu barang yang saya beli. Maksud saya harga barang dinaikkan tak tentu pasal..suka hati dia je nak naikkan harga barang. Dahulu, ketika mula-mula belajar ekonomi, teori ekonomi kata apabila permintaan melebihi penawaran maka harga barang akan naik. Sebaliknya jika penawaran melebihi permintaan maka harga barang akan turun. Betul, tak ada orang sangkal teori ekonomi yang satu ini.
Apa yang saya tulis di sini hanyalah pandangan peribadi daripada seseorang yang tak bertauliah. Dengankata lain, pos ini hanyalah sekadar buah fikiran daripada seorang budak.
Ketika harga barang naik, adakah selalunya permintaan melebihi penawaran? Saya tidak merujuk kepada harga barang terkawal ketika musim perayaan. Yang tu lain cerita. Maksud saya ialah apabila kerajaan mengumumkan akan menaikkan gaji kakitangan awam, maka golongan peniaga pun menaikkan harga barang. Padahal, gaji tak naik lagi. Dan apabila kerajaan mengumumkan bahawa gaji kakitangan awam dinaikkan, maka sekali lagi harga barang naik. Adakah wujud permintaan melebihi penawaran ketika itu?
Pernah pada satu hari minggu, saya dan kawan-kawan ke sebuah kedai menjual toto (setengah orang panggil narita, bukan naruto). Kawan saya ini orang Kedah. Saya berikan namanya Liza. Si Liza ini dengan loghat Kedahnya bertanyakan si penjual “Mak cik, yang ni berapa harga?” si Mak cik tu jawab, “RM60”. Saya diam dan mengajaknya ke kedai lain kerana saya tahu itu bukanlah harga yang sepatutnya. Beberapa ketika kemudian, saya kembali ke kedai tadi dan sekali lagi bertanyakan harga barang tersebut. Si mak cik tu jawab, “Mak cik bagi RM55”. Adakah kerana kami (saya dan penjual) dari negeri yang sama maka saya diberi harga yang lebih murah. Tak patut betul.
Kadang saya fikir, golongan peniaga yang menyebabkan harga barang naik sebab mereka yang mahu naikkan harga barang. Mungkin mereka fikir, apabila kita berpendapatan lebih, maka kita sanggup membayar dengan harga lebih untuk barang yang sama. Padahal, tidak begitu. Mereka sebenarnya boleh memilih untuk tidak naikkan harga barang.





















salaam.
sekadar nak berkongsi idea. kalau diikutkan, memang dalam ekonomi, kalau money supply terlampau banyak di dalam ekonomi, harga barang akan naik (i.e. terlampau banyak duit mengejar barang yang sikit). memang kerajaan dan bank negara akan cuba menangani masalah inflasi ni. tapi apa apa pun, inflasi tetap akan ada dan perlu ada di sesebuah ekonomi. pada saya, tu lah tanda ekonomi yang teguh dan semakin berkembang.
dalam contoh yang atoqa bagi kat atas tu, saya rasa itu contoh peniaga yang tak beretika, bukan masalah permintaan melebihi penawaran. saya rasa sama macam sesetengah penjual buah-buahan di tepi jalan. kalau nampak je kereta besar yang berhenti, dia org akan charge tinggi sikit.
entahlah, sekadar pandangan saja.
best blog awak. keep on writing
saya rasa ada betulnya harga barang naik banyak dipengaruhi etika peniaga..inflasi memang ada tapi macam yang dia tulis kat atas tu, musim perayaan harga barang naik, tapi turun balik. tapi bila dah money supply berlebih ditambah pulak dengan sikap peniaga lagi besar lah kenaikannya.
berdasarkan pengetahuan saya dalam ekonomi,
pelbagai faktor mempengaruhi permintaan dan
penawaran sesuatu barang..sebagai contohnya
harga barang itu sendiri, harga barang lain,
pendapatan, musim, citarasa pengguna dll..
pendapatan adalah salah satu sebab permintaan
akan meningkat.pekedai atau pengeluar sesuatu
barang seharusnya menambahkan pengeluaran
barang mereka. tetapi masalah yang timbul
ialah penawaran adalah berkurangan..akibat
kekurangan barang ini, ditambah gaji dan
permintaan juga naik, pekedai menaikkan harga barang..banyak barang dapat beli jika duit
banyak..rasionalnya…pekedai menggunakan
taktik menyorok barang agar penawaran barang
kurang dan permintaan menjadi banyak..harga
barang pun naik ler..
wawasan 2020 harus dicapai agar negara kita
menjadi negara maju..untuk mencapai taraf itu,
malaysia terpaksa bekerja keras dalam
meningkatkan lagi pembangunan negara..
Mengikut Adam Smith, penawaran akan sama dengan permintaan. Itu sistem ekonomi zaman dahulu yang mana market is always at equilibrium. Kemudian teori baru daripada Jean Baptise Say kata “supply will create its own demand”. Zaman dahulu ok lah kalu kita jadi pengeluar, buat satu produk dan masuk market, maka demand akan wujud dengan sendirinya. Tapi, kalau sekarang buat macam tu, mati la bisnes kan. Sekarang ini kehendak pengguna dah unik dan pelbagai. Kemudian tahun 1930 ketika berlaku great depression iaitu kemelesetan ekonomi dunia, didapati pendapat itu juga tidak betul. Jadi, didapati dua teori Adam Smith dan Say itu juga tidak relevan lagi untuk sistem ekonomi hari ini yang jauh lebih kompleks berbanding sistem ekonomi dahulu yang simple. Anda pasti tahu Keynes bukan? Beliau mengatakan bahawa kerajaan sepatutnya mengawal harga barang dalam pasaran. Iaitu dengan mewujudkan harga kawalan, jadi wujudlah harga siling, dan floor price.
Apa akan jadi bila harga siling ada?
Perintaan melebihi penawaran atau shortage. Maka akan wujud black market dan akan jadilah sorok barang untuk jual dengan harga yang lebih tinggi. Nah, inilah karenah penjual yang ambil kesempatan. Dalam Islam, hukum sorok barang atau ihtikar untuk jual dengan harga tinggi adalah haram. Ini dikira sebagai penganiayaan kepada pengguna.
suka kmen atoqa..t mail g kita coz nak tau g sal eknomi..he..atoqa