TIP MELANCONG KE SINGAPURA

1. Sediakan wang yang mencukupi

2. Ambil cuti

3. Sediakan passport antarabangsa (tiada lagi paspot terhad ke Singapura)

4. Sediakan kad touch n go

5. Sediakan salinan geran kereta dan insuran kereta

6. Tukar duit Singapore Dollar @ SGD di kedai pengurup wang

7. Bergerak ke Woodlands/Tambak Johor (1 km dari hotel). Jangan lupa bawa baju mandi dan tuala budak- budak.

8.Jangan lupa bawa cebok atau botol besar atau kecik utk cebok air – tandas singapura kebanyakannya tiada paip air)

9.Minta embarkation card di Imigresen Malaysia utk diisi siap2 sebelum masuk Singapura

10.Lalu imigresen dan kastam malaysia (Bangunan Iskandar)

11.Menyeberang tambak menuju Singapura

12.Pemeriksaan imigresen singapura. Serahkan embarkation card.

13.Pemeriksaan kastam singapura

14.Selamat Datang ke singapura

15.Kalau nak ke zoo..selepas tambak dalam 5 minit masuk Mandai Road

16.Beli 2 tiket dewasa dan tunjukkan passport Malaysia, dapat percuma 2 tiket kanak-kanak (3-12 tahun). Bawah 3 tahun percuma. Kadar tiket dewasa SGD 18 @ RM 43.70 seorang. Percuma naik tram (keretapi) dalam zoo tanpa had. Dalam zoo ada taman air di mana budak-budak boleh mandi.

17.Masa nak keluar zoo, beli kupon parking SGD 3.90

18.Nak pegi ke bandar – tengok je papan tanda CITY

19.Singgah di mana-mana stesen Shell/Caltex/Esso/7 Eleven utk beli CASHCARD (ni kira touch n go singapura la). Harga dia SGD 10

20.Holland / Orchard Road. Di sini ada banyak shopping mall.

21.Parking – kena pakai CASHCARD – kad ni boleh top-up di mana-mana 7-ELEVEN

22.Nak balik – cari highway menuju ke Woodlands @ Johor – Cari papantanda masuk ke lebuhraya bernama PIE atau BKE.

23.Di woodlands kena pemeriksaan imigreen singapura.

24.Kemudian pemeriksaan kastam – hati-hati barangan elektronik kena cukai. Kalau tak nak kena cukai, buang kotak, simpan barang kecil seperti handphone, mp3, mp4 di mana-mana bahagian yang selamat

25.Bayar tol Woodlands SGD 1.20 (RM 2.91)

26.Seberang tambak menuju Johor

27.Pemeriksaan imigresen malaysia.

28.Bayar tol malaysia RM 2.90 guna kad touch n go (tiada lagi bayaran tunai mulai 15/12/2008)
————-
*Had laju jalan raya dalam bandar – 50kmj
*Had laju lebuhraya 70-90kmj
*Sabtu @ Ahad @ cuti umum – tak perlu bayar permit kereta (SGD 20) & tak perlu bayar tol
*Booking hotel di Singapura awal-awal

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>