Takikomi Gohan *Japanese mixed rice*.

Esok lepas balik ofis, aku nak try masak ni. Sape nak makan, jemput datang ye.
   

Bahan-bahan:
Beras *lagi bagus kalu guna beras jepun*: 2 cawan
Isi Ayam bahagian peha: 2 ketul – buang semua lemak dan potong kecil2
Karot: 2.5 inci – potong panjang2 atau mengikut citarasa sendiri
Mushroom: 3 biji – belah 4 *jika besar belah 6*
Sake* saya gantikan dengan Apple cider vinegar/cuka*:1 sudu teh untuk memerap ayam
Pati Ayam Maggi: 1 kiub- Cairkan dengan 1 cawan air
Gula : 1.5 sudu teh
Sake* saya gantikan dengan Apple cider vinegar/cuka*: 2 sudu teh
Garam: 0.5 sudu teh
Kicap Cair 2 sudu makan
Cara memasak:
1. Bersihkan beras dan toskan air. Biarkan di dalam Rice cooker.
2. Perap ketulan ayam dengan Cuka selama 10 minit
3. Letakkan stock ayam, ketulan ayam, karot dan mushroom kedalam kuali dan panaskan.
4. Apabila mula mendidih masukkan cuka dan gula, biarkan 2 mint kemudian tambahkan garam dan kicap cair. Jika terdapat buih dipermukaan, buangkan. Biarkan mendidih selama 5 minit lagi.
6. Matikan api. Toskan. Ambil bahagian cecair dan masukkan ke dalam Rice Cooker. Jika air tidak mencukupi tambahkan sehingga sama banyak dengan beras. *jangan letak terlalu banyak air nanti nasi lembik*
7. Masukkan semua campuran yang di asingkan tadi.
8. Masak seperti biasa.
Bila sudah masak gaul dengan sudip perlahan-lahan dan hidangkan. Sedap di makan begitu sahaja. Kalu Ada sup miso dan salad pun ok juga.
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Google Buzz
  • LinkedIn

Leave a Reply