DAH DUA TAHUN: GUESTHOUSE – MYWEB – FX

Ni post sempena birthday business aku untuk tahun kedua. Imbas kembali ketika mula-mula belajar buat website dan buat business. Proses pembelajaran yang panjang jugalah.

2006. Aku jumpa blog saifulsham. Baru la aku tau pasal internet business. Tahun tu juga aku jumpa dengan sorang lelaki ni, umur dalam 50-an sekarang, nama dia Nasri daripada Rose Palace..dia la yang mula-mula ajar pasal accommodation services.

Masa tu abah aku plan nak buat guesthouse untuk settle problem orang tak bayar sewa rumah. Belajar sikit-sikit dengan En. Nasri dan kami pun bermula. 2006. Aku ketika tu semester akhir diploma perakaunan UiTM. Aku pun belajar la buat blog dengan wordpress.com. Free blog. Biasa la, baru belajar kan.

Pastu aku pun belajar buat website dengan guna NVU. Tak puas ati la. Belajar guna Frontpage. Kira ok design tu. Tapi tak puas ati lagi. Pastu belajar pulak Publisher. Lama juga website guesthouse tu dengan Publisher. Aku pun sambung degree di kampus yang sama. Sampai la satu hari, aku masuk website ini, dorang guna Joomla. Itu website kepada salah satu unit di kampus aku. Bling!! Idea yang best keluar kat otak ni. Aku nak godek lecturer AIS aku. Aku pun pegi lecturer AIS yang baik hati itu (En Haron). bla bla bla. En Haron pun kenalkan la aku dengan webmaster web tu, En Rahimi. Maka sekarang aku pun dah reti guna Joomla. (Joomla tidak la susah. Bukan tak nak belajar sendiri, tapi cuma nak cepat pandai sbb tu kena cari orang yang boleh bantu. Godfather aku ni)

Berbalik kepada guesthouse kami di kota bharu. Tahun 2006 tak banyak guesthouse di kota bharu kelantan. Yang aku jumpa ialah Rose Palace, Ideal Guest House, Zeck Travellers Inn, Lee Guesthouse, dan beberapa lagi. Kalau ikut kiraan aku ketika itu ada la tak sampai sepuluh yang famous and glamour di “new city” ini.

Akhir tahun 2007..trend baru bermula. Bersepah guesthouse di kelantan. Stiff and keen competition among operators. Hairan. Memang banyak sangat. Harga pulak perrrggh. Memang sedikit sebanyak memberi kesan. Yang penting kami bermula awal sedikit dibandingkan dengan orang yang ikut trend ini.

Pastu, ada beberapa guest yang tanya pasal sewa kereta. Bagi memenuhi kehendak pelanggan, maka aku pun buat la small JV dengan salah satu company yang bagi servis sewa kereta. (Rent a car bukan aku punya – tapi dimiliki oleh ZHS Trans Travel Sdn Bhd).

Pastu, ada pula foreign travelers yang tanya pasal land transfer to Perhentian Island. Pening juga. We dont have that service. Maka sekali lagi nak kena buat small JV, aku cari company yang buat land transfer service to Perhentian Island. Our second small JV started.

Lepas imbas balik ni, aku rasa ada perkembangan positif dalam business ni. Sekurang-kurangnya, we are growing. Kami berkembang bersama pelanggan kami. Dan walaupun secara part-time, website guesthouse itu la penyumbang income terbanyak bagi business kami. Alhamdulillah.

Sebelum tu, satu lagi benda yang belum aku buat. Sekarang ni percubaan musim kedua. Forex. Rasa macam ada satu tarikan untuk cuba trade. Ini kesan sampingan dari kelas analysis investment masa diploma dulu. Dalam tahun 2007 aku cuba trade dengan demo. Ada beberapa kali aku cuba. Tapi tak menjadi. Aku pun pikir, forex is not for me then I decided to give up. Sob2. Akhir tahun 2008, secara tak sengaja..aku nak cari cerita 3 dadies and 1 mom. Citer korea. Aku jumpa blog tv-korang Kat situ ada banyak cerita Jepun. Aku pon try la godek-godek owner blog tu. Aku kalu bab cari cerita atau artisan ni, memang aku tak pandai. Selalunya kawan-kawan yang tolong carikan. Lepas godek, aku pun dapat la tengok citer tu.

Dunia ni kecik. Pusing-pusing orang sama saja. Owner blog tu forex trader :-) !! Belajar dari dia la trade ni. Dari aku tak reti sampai la aku sedikit reti. Walaupun belum pandai, walaupun tidak konsisten, walaupun banyak silap. Musim kedua bermula. Selagi aku belum buka real account, selagi itu la aku cakap aku dalam percubaan kedua. Best of luck for me.

PS: Apa yang kita nak…jangan putus asa. Doa, usaha dan tawakkal. Insya Allah, lambat atau cepat, Dia akan bagi.

PPS: Takziah kepada keluarga Allahyarham En. Fauzi (Pengurus Pembanganan Usahawan, PKINK) atas pemergiannya.

3 Comments: Trackback URL | Comments RSS

  1. zaki Says:

    will power is very powerful :-)
    as long as you are willing to do, of cos u can do it.

  2. denaihati Says:

    terima kasih jadi follower denaihati

  3. asmaa Says:

    zaki: tima kasih. really inspiring
    denaihati: blog awak best lah. byk info berguna :-)

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...