Blog tok guru tak update lagi?
TweetDah seminggu lebih aku tengok blog tok guru yang belum lagi updated. RSS feednya berfungsi pada 28 March 2009. Dua hari selepas dilancarkan. Domain name blogtokguru.com dah di register pada 12 March 2009. Cuma aku nampak di google hari khamis petang tu (petang perasmian) I am waiting. Still waiting while drinking coffee.. Hari ini pun masih belum updated. Malah loading page blog itu cukup lambat. Aku dah habis minum kopi, tapi loading page masih belum settle lagi. Mungkin ini kesan daripada masalah TM. Korang tahu kan yang TM ada problem 31 Mac lepas?
“There has been a disruption of TM’s Internet services due to circuit faults on the SMW3 between Malaysia to Hong Kong and United States. There is a disruption of its Internet services due to circuit faults on the SMW3 between Tuas, Singapore and Penang linking Malaysia to Hong Kong and APCN2 near Chongming, China connecting Malaysia to the United States. As a result, customers using the Internet services may experience slow browsing while accessing websites hosted in the U.S. and Hong Kong.
In addition, customers using other IP services such as Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to the U.S. and Hong Kong may also experience some service degradation.
To alleviate the problem, some of the links have been rerouted to alternate routes to ease the congestion.
Restoration works on the affected cables are already in progress. However, during the restoration process, traffic to Northern America and Hong Kong may experience degradation. However, traffic to other countries will not be affected. TM expects complete recovery of its services by 5 April 2009 and will make further announcements on the progress of the restoration works”. Credited from here.
Itu masalah TM, sebab itu agaknya blog tok guru jadi slow sangat tu. Sebab masalah TM ini jugalah blog kelhome ini hilang pada tengah malam 31 Mac 2009 dan hanya recover keesokan harinya.
Jadi, apa akan jadi pada blog tok guru? Adakah akan berkubur? Adakah akan outdated? Minta maaf aku tulis begini..
Atau kita (orang yang tunggu blog tok guru) ini sudah termakan? Atau ini strategi bijak orang-orang perniagaan untuk memasarkan barangan atau produk atau servis mereka?
Pernah korang dengar kopi jenama “kopi tok guru”? “Kopi tok guru” bukan dimiliki oleh tok guru nik aziz..dimiliki oleh tok guru lain. Kenapa pemilik “kopi tok guru” gunakan nama “kopi tok guru”? dan bukannya jenama lain spt “kopi cikgu” atau “kopi pensyarah” atau “kopi guru”? Omm “kopi naib canselor” ke?
Sebab “tok guru” adalah nama besar. Satu nama yang cukup besar di Kelantan malah Malaysia ini.
Mungkin sbb nama yang besar itu lah, A’ptus Net (AN) dan blog itu dirasmikan serentak. Pelancaran blog tok guru di KB Mall di buat serentak bersama pelancaran AN.
Untuk merasmikan AN sahaja, mungkin orang tak pandang pun. Tapi bila dorang kata tok guru akan jadi blogger, semua orang pandang. Maka parking kereta di KB Mall pun penuh lah pada hari perasmian tu. Semua orang bercakap-cakap “tok guru dah ada blog”. Blogger-blogger pun sibuk juga. Maka kita-kita pun sibuk juga lah di google dan yahoo mencari-cari URL address untuk blog tok guru.
Adakah ada dikalangan kita-kita ini cari “a’ptus net” di search engine? Aku cari. Aku cari A‘ptus di google lepas orang ofis aku bercakap-cakap pasal Aptus Net. Anak syarikat yang baru dibuka. Itu pun sebab jemputan ke majlis pelancaran blog tok guru dan anak syarikat itu. Kalau tak, aku tidak ke google untuk cari AN.
Bila kita ke blog tok guru, maka kita pun nampak ada logo aptus. Kita pun hulurkan mouse ke logo aptus. Eh boleh klik. Kita pun klik. Terus ke laman web aptus. Tak semena-mena kita semua maklum apa itu aptus net. Jadi, itu semua satu jenis marketing strategy yang bijak. Cukup bijak.
Sebab itu orang kata, kalau nak jadi orang business, anda kena bijak. Terutamanya bijak mengambil peluang. Apapun aku sokong tok guru ada blog, aku lebih sokong kalau blog tok guru itu regularly updated. Aku akan lebih-lebih sokong kalau tok guru sendiri yang tulis blog tu. Apa-apa aje lah. Aptus, ko jangan ambil hati apa yang aku tulis ini.














Aku setuju beno dengan pendapat demo
baru la di update blog tok guru