Tarik pelawat dengan SEO
TweetHari ni nak kongsi satu panduan SEO, iaitu Search Engine Optimization technique, teknik untuk naikkan ranking kita di enjin carian. Semasa aku mula-mula berjinak-jinak dengan biz intonet ni, iaitu lebih kurang beberapa tahun dahulu..tiga tahun kalau tak silap aku, tak pula aku jumpa panduan macam ni (atau kerana aku tak cari?). Kan bagus kalau awal-awal dahulu aku jumpa panduan detail gituh. Tidak la penat aku belajar sendiri.
Lagipun dolu-dolu, time aku budak-budak dulu, aku fikir web yang duk di ranking tertinggi search engine tu..dia terjadi dengan sendiri (macam otomatik). Rupanya ada teknik untuk duduk ditahap itu. Malah dulu aku tak fikir pun web guest house aku akan mengatasi tripadvisor untuk keyword tertentu.
SEO ni orang kata penting. Lagi tinggi ranking kita di google atau search result, lagi ramai la pelawat ke laman web kita. Lagi ramai pelawat lagi banyak la massyuk. counting the chick! (oops, seorang Prof Madya pernah agak marah dgn aku, sbb aku silap faham maksud counting the chick yang dia guna).
Yang penting sekali ialah,
- pemilihan domain name yang bersesuaian..i am wondering now, atoqa duduk selesa tapi dalam domain tak ada pun perkataan guest house. blog ini walaupun domainnya dikelantan.com, tidak juga duduk di ranking tertinggi search result jika korang cari dgn keyword kelantan.
- inbound link
- bermain-main dengan keyword. macam dalam blog ni ada kategori, tag..dan beberapa fungsi yang boleh membantu untuk mendapat ranking yang lebih baik.
Aku tak nak cerita panjang-panjang SEO nih, sebabnya aku bukan pandai dalam bab SEO dan aku nak dapat page rank 2 untuk atoqa.com pun ambik masa yang lama juga. Sekarang pun duk page rank 2 lagi. Itu pun bukan senang nak dapat ranking tu. Baru-baru ni ada orang kontek aku nak beli text link di web tu. tapi sebab aku dah guna backlink dan tnx, aku biarkan dahulu offer tu. Lagipun web dia tak berkaitan sangat dengan guest house aku tu. Aku lebih senang dgn tnx dan backlink.
Apapun, kalau anda mahu blog anda mendapat trafik berkualiti, dan dapat ramai pelawat, menguasai teknik SEO ini adalah satu kemestian. Tapi, kalau tak nak baca buku tu pun boleh, anda luangkan lebih banyak masa cari-cari di google, belajar sendiri, try and error..lama-lama pasti menjadi juga. Good luck
PS: Aku demam, batuk, sakit tekak, selesema, dan lenguh-lenguh badan. Mulanya aku fikir selesema babi. Bimbang juga sebab aku jumpa ramai orang dari luar Kelantan dalam seminggu dua ni. Bimbang kalau-kalau aku jadi kes pertama di Kelantan. Masuk hari ni dah empat hari dah demam ni..pagi tadi pergi hospital lagi, fuuuuh! lega…doktor cakap bukan selesema babi. Suhu pun dah kurang dah, 37.5°C. Demam ni buat banyak kerja aku tergendala, plan nak buka akaun di fxmalay tertangguh, urusan untuk pendaftaran semester baru di UiTM Machang tak buat lagi, laporan training di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (KSEDC) pun belum buat lagi. dan, I miss him.














