Exam dah habis! Hip! Hip! Hoorey!!

Hah! Memang blog ni dah pecah rekod sebab lama betul tak update. Serius, aku duk sibuk dengan final exam sejak lebih tiga minggu sudah. Dah la sebelum tu duk pulun untuk siapkan assignment yg bertimbun-timbun. Lagi la mengusangkan blog ni. Hari ni habis dah final exam aku, tutup dengan subjek Auditing (AUD610). Jujurnya aku cakap, ni bukan subjek feveret aku atas sebab yg aku sendiri tak boleh nak cerita kat sini.

Aku ada banyak nota yg aku rasa aku nak share dengan pengujung blog ni. Tak bermaksud aku nak tukar blog ni kepada blog accounting atau perakaunan, tapi aku cuma nak post kan sesuatu berkaitan perakaunan. Nanti lah aku upload nota-nota tu kat sini. Berkongsi tak salah kan?

Nota-nota tu ialah nota yang aku dapat dari pensyarah-pensyarah aku, kawan-kawan aku. Disebabkan bidang aku ialah perakaunan, maka yg akan aku upload nanti ialah berkaitan perakaunan lah. Accounting theory, auditing, management accounting, corporate finance, accounting information system, dan macam-macam lagi berkaitan accountancy.

Apa yg aku dapat sepanjang aku duk belajar UiTM ni…? Banyak giler. Tak mampu aku nak cerita kat sini. Aku belajar blogging dgn wordpress ni pun semasa aku semester akhir Diploma in Accountancy. Pastu aku sambung Ijazah kat sini. Ketika duk sambung ijazah ni, aku belajar bina laman web menggunakan Joomla, sifu Joomla aku En Rahimi, aku kenal beliau daripada koordinator program aku, En Haron. Pastu aku belajar lagi pasal Elliot Wave untuk forex trading, yang ni aku belajar personally dgn pensyarah corporate finance kat sini, Prof Madya Che Khalil. Jadi overall, paling koman aku ada diploma dan bachelor in accountancy, tahu bina laman web, make money with my blog dan yang paling best forex trading.

Aku baru habis final exam, hidup baru nak mula. Maksudnya, jika aku lulus semua subject yg aku ambil pada semester ini (Accounting Theory, Corporate Finance, Auditing, Accounting Information System, dan Strategic Management) maka grad la aku dari UiTM ni.

Doakan akuu grad on time ya! Sayonara UiTM.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. You're allow to say what you want...