Apa yang best di UiTM Kampus Machang?
Baik lah hari ni sebab dah habis exam punya pasal, dan rasa macam nak bosan maka aku pun nak update lah blog ni.
Post ni aku tulis khusus untuk adik-adik yg akan masuk kampus ni pada semester hadapan (kalau tak silap aku, intake pada bulan December ni). Kampus Machang Kelantan ye, bukan Kampus Kota Bharu. Gambar kat bawah ni ialah Bangunan Pentadbiran. Ni lah bangunan pertama yg adik-adik akan jumpa bila masuk dalam kawasan kampus. Kat sini ada bahagian HEA, HEP, Unit Kualiti, Pejabat Pengarah, Bilik Mesyuarat, Pejabat Kewangan dan bilik-bilik pensyarah.
Dahulu, dan sehingga post ni ditulis, ada beberapa kelas yg beroperasi di sini. Tapi, mula semester Disember 2009 ni, tiada lagi kelas di sini sebab ia akan di pindah ke Komplek Akademik D.
Sebelum tu ada dua term penting dalam post ni. Resident bagi pelajar yg mendapat kemudah kolej dan Non Resident bagi pelajar yg tidak mendapat kemudahan kolej. Aku non resident (NR)

Makan
Kampus ni tak lah besar sangat kalau nak bandingkan dengar kampus yg besar (^,^) tapi ok lah. Pasal makan, adik-adik jangan bimbang. Kalau adik-adik dapat duk Kolej, makan subsidi RM4 sehari. Kalau tak cukup, kena tambah duit sendiri. Dalam tu ada foodcourt, lebih kurang 4 kedai makan ada kat situ dan ada gerai-gerai kecil.
Dekat dengan UiTM ni banyak restoren yg murah-murah, contohnya Sigai, Nyior Cafe, Just Relax, IT Corner dan macam-macam lagi. Kalau tak nak keluar beli makanan, adik-adik SMS sahaja menu yg adik-adik nak makan, pastu pihak restoren tu akan hantar makanan tadi di rumah. Itu pun jika jarak dari rumah ke restoren tidak jauh. Free delivery! Pergh! Sebab tu la sepanjang semester ni aku tak pernah masak. Tapi tak gemuk-gemuk jugak. Tapi delivery tidak disediakan kpd Resident
Kolej Kediaman
Kemudahan kolej kediaman diberi kepada semua student baru. Gambar kat bawah ni ialah Kolej Kediaman yg akan dibuka pada semester depan, sekarang ni masih dalam peringkat akhir pembinaan.

Apa yg tak best bila duduk di Kolej Kediaman ialah ada policy or procedures yg adik-adik kena patuhi. jadi lagi best bila duk sendiri. Maklum saja duk sendiri kan.
Pastu, bagi Resident, adik-adik kena tinggalkan kad keluar masuk. Ada beberapa peraturan tertentu yg perlu dipatuhi dan utk sesetengah event, anda wajib hadir.
Rumah sewa atau bilik sewa pun banyak kat sini. Bergantung pada lokasi, lagi dekat dengan kampus, lagi tinggi lah sewanya. Paling mahal pun RM120 sebulan dan biasanya rumah atau bilik tu fully furnished, biasanya juga harga sewa termasuk bil air dan elektrik.
Ni website Unit Pengurusan Kolej (UPK). Klik la tengok apa yg ada
Pengangkutan
Kalau adik-adik nak pergi ke bandar, iaitu bandar Machang, ada perkhidmatan van. Aku panggil “tenggiling” sebab van tu warna kuning. Kalau untuk pusing-pusing dalam kampus UiTM Machang ni, kosnya 50 sen sahaja, kalau nak ke bandar Machang kosnya RM1.50. Kalau nak ke Kota Bharu, kosnya RM5. Tapi kalau naik teksi tak silap aku cajnya RM7 seorang. Kalau naik kereta Kancil macam aku, isi RM15 petrol jenis Ron 97 dah boleh drive pergi balik. Jarak UiTM Machang dengan Kota Bharu ialah lebih kurang 55 km atau 50 minit memandu. Tapi kalau jalan jam, mau cecah 1 jam setengah jugak. Untuk senang nak ke mana-mana, save lah nombor telefon pemandu-pemandu van tersebut. Hubungi mereka bila perlu. Kenapa kena bayar? Kerana.. UiTM tak provide bas UiTM untuk kami bersiar-siar.
Resident sama sekali tidak dibenarkan membawa kereta di dalam kampus, motosikal tak apa. Non resident boleh bawa kereta atau motor tapi kena pilih tempat parking yg disediakan untuk student. Kalau parking di kawasan parking pensyarah dan staff, kemungkinan besar akan disaman. Tapi saman pun tak mahal, RM5 sahaja. Yang peliknya, pak guard yg bahagian traffic ni dia cuma tulis nombor kenderaan pada surat saman, tak ada pula diambil nombor matrik. Jadi, kalau tak bayar pun rasanya tak apa. Paling teruk pun dia akan kunci tayar kereta (^,^) Dah dua kali aku kena saman, dua kali juga aku tak bayar saman. Tak efek apa-apa pun
Non resident kena tampal stiker UiTM di cermin kereta atau tampal pada motosikal. Sitker tu cuma RM2 boleh beli di Pejabat Keselamatan. Ada beberapa dokumen salinan yg kena bawa antaranya geran kenderaan, kad pengenalan, kad matrik, lesen memandu, dan beberapa lagi yg aku lupa.
Internet
Berkenaan internet, bagi yg hantu internet macam aku ni pun tak ada masalah. 3g di Kelantan mula-mula diperkenalkan di UiTM Machang kemudian baru ada 3g di Kota Bharu. Celcom Broadband dan Maxis Broadband pun ada 3g di sini. Wimax sekarang baru je masuk Kota Bharu, dan kawasan kedua yg akan ada coverage Wimax ialah UiTM Machang. Pasal streamyx, itu biasalah.
Bagi Non Resident tak ada masalah. Sebabnya, dalam semester depan, seluruh kampus akan ada wifi free. Sekarang ni separuh kampus je yg dapat connect pada wifi. Next semester best lah korang! Atau adik-adik masih ada pilihan lain, kalau tak nak subscribe pada celcom broadband yg pakej RM68 sebulan tu, tak nak guna wifi UiTM sebab ada limitation, tak nak guna Maxis Broadband yang caj RM68 tu, tak nak beli modem yg harga RM100 ++…haaa, adik-adik boleh je register wifi dengan cyber cafe berdekatan yg mana sewa sebulan antara RM15-RM30 sahaja!
Sukan
Ada orang beritahu aku, pembangunan UiTM Kampus Machang ni ada 8 fasa, sekarang ni baru fasa 3. Sehingga siap sepenuhnya antara facilities yg akan wujud nanti ialah tempat main bowling. Oh ya, untuk snooker, berhampiran pintu masuk UiTM ni ada satu tempat untuk snooker. Kalau nak main badminton, bola dan lain-lain pun tak susah. Masuk dalam UiTM pastu ada la dewan badminton, padang bola, padang futsal, ragbi, tenis dan macam-macam lagi. Gambar kat bawah ni salah satu padang bola yg ada.

Kuliah
Blok kuliah sekarang ni ada 3 (semester depan akan ada 4), dan akan bertambah lagi di masa hadapan. Semester depan, Kompleks Akademik D akan dibuka. Kompleks ni akan ada makmal, kelas, dewan kuliah dan macam-macam lagi. Gambar luar bangunan je yg aku boleh bagi kat sini. Sebetulnya pembinaan bangunan ni memang cepat. Aku tak pasti berapa cepat, tapi aku rasa tempoh pembinaannya tak sampai setahun.
Bagi yg sakit kaki, jangan bimbang sebab bangunan sini semuanya tak tinggi. Antara 3 hingga 4 tingkat sahaja.
Cuma, syarat yg semua kita kena patuhi ialah pastikan kehadiran ke kelas tidak kurang 80%. Kalau tak nanti tak boleh masuk exam. Bila tak boleh masuk exam, kenalah mengulang subjek tersebut. Tak best macam tu!

Yang kat bawah ni pulak Rumah Universiti. Lokasi rumah ni dekat dengan kawasan kediaman staf berhampiran dengan gelanggan tenis.

Art & Design antara kursus yg ditawarkan di kampus Machang ni. Bangunan kecil ni ialah bangunan Batik International Research and Design Access (BIRDA). Lokasi bangunan ni ialah di tepi sungai..memang rilek kalau duk situ.

Oho aku lupa nak snap gambar library sini! Tak pa lah, nanti datang tengok sendiri lah ye.
Apa lagi ye yang aku nak tulis? Esok adik aku akan exam SPM. Kepada adik aku, dan adik-adik yg akan duduki SPM, selamat maju jaya ya! Jawab elok-alok dan semoga berjaya!

come join us @ http://www.uitmmache.ning.com
invite other k…
come join us @ http://www.uitmmache.ning.com invite other k…
bgus2, nice snapshot..UiTM dh btambah cantik sekarang..hehe
ni la pertama kali org puji gambar aku ambik, thanks haisa!