Broker Forex yang terima PayPal, IB yang beri rebate

Sekarang ni aku jarang masuk forum forex, atau baca analisis-analisis forex yang trader-trader forex tulis di blog, forum, website mereka. Bukan malas, cuma tidak mahu bergantung kepada analisis orang lain. Dulu-dulu, ada juga baca dan ikut analisis forex mereka, ada yang untung dan ada yang rugi. Sekarang ni lebih baik aku trade dengan cara sendiri. Kalau rugi, aku tak salahkan orang lain.

Broker aku sekarang Tadawulfx, broker ni bagus. Aku ambik masa yang lama sebelum aku buka akaun dengan Tadawulfx ni. Keputusan tu aku buat sebab nak pilih broker yang bagus. Bagus maksud aku boleh buat hedging, spread tidak besar, customer services mantap, boleh buat deposit dan withdrawal menggunakan PayPal, spread tak berubah-ubah dan beberapa perkara lain lagi. Tapi itu akaun standard, sekarang rasa nak buka akaun yang micro pulak. Dengan akaun standard aku rasa macam takut juga nak open position, iaitu aku hanya open position bila dah betul-betul yakin sahaja. Modal aku tak besar sebab tu kena berhati-hati. Lot paling kecil yang Tadawulfx offer ialah 0.5.

Tadi duk intai-intai broker-broker yang offer micro lot. Aku ni kalau boleh tak nak broker regulated oleh NFA. Adalah sebab-sebab tertentu. Faham-faham saja la. Aku nampak FxOpen je sekarang ni. Akaun dengan FxOpen aku dah buka, dan akaun tu dah verified pun. Cuma belum deposit fund dalam account tu. Sebab tu aku duk intai lagi broker Forex lain yang ada offer akaun macam FxOpen tapi boleh deposit dengan PayPal.

Kalau tak, fund PayPal aku tak terusik. Walaupun PayPal dah boleh transfer ke bank-bank tempatan, aku tak minat nak transfer sebab sebolehnya fund PayPal yang aku ada tu, aku nak guna untuk buka akaun dengan broker Forex yang baru. Lebih murah dan lebih cepat daripada kos wire transfer atau foreign telegraphic transfer (FTT).

Oh ya, aku tengok tawaran cash back refund ni menarik juga. Bila buka akaun dengan mereka, dorang bagi cash back atau rebate pada clients. Dulu aku buka akaun Tadawulfx tu secara direct dengan Tadawulfx tak dapat apa-apa pun, tidak melalui mana-mana introducing broker (IB). Baru aku tahu best juga kalau buka akaun dari introducing broker ni, boleh kurangkan kos. Jadi aku hold on dulu FxOpen sebab dorang tak terima PayPal, dan cari broker lain yang macam FxOpen tapi terima PayPal, dan bila jumpa buka akaun melalui cashbackforex ni.

Leave a Reply