Bazar Tok Guru (?)

confuse Pictures, Images and Photos

Post ini tidak mahu aku kaitkan dengan politik. Bercakap tentang Bazar Tok Guru bermaksud bercakap juga tentang Madinaturraudhah. Madinaturraudhah dan Bazar Tok Guru pula mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Sekali lagi aku beritahu, post ini tidak mahu aku kaitkan dengan politik, tapi kalau ia terjadi juga, itu kerana sudah naturenya begitu.

Awal tahun ini aku dapat tahu IPD di Kota Bharu dipindahkan ke Pengkalan Chepa, dan tapak itu akan dibangunkan untuk projek Madinaturraudhah dan Bazar Tok Guru. Aku pernah tulis di blog ini tentang projek ini di sini. Awalnya aku rasa projek ini bagus dan lokasinya yang betul-betul strategik iaitu dalam pusat bandar Kota Bharu, bertentangan dengan Kampus Kota UiTM, sebelah Pejabat Pos Besar Kota Bharu. Ya lah, siapa tak geram dengan kawasan lokasi emas macam tu. Maka aku dan parent aku pergi lah ke Bahagian Hartanah di Tingkat 4 PMBK untuk buat tempahan awal bagi Madinaturraudhah.

Madinaturraudhah ialah projek hotel apartment, kat situ sepatutnya akan jadi apartment dan hotel macam yang aku tulis sebelum ni. Tapi maklumbalas pihak PMBK ini agak perlahan, dorang janji akan hubungi bila projek tu akan berjalan. Tapi lambatnya mereka bertindak tu aku ingatkan cuma proses biasa. Rupanya tidak apabila isu PMBK timbul. Rupanya ada hal lebih besar disebalik cerita Madinaturraudhah dan Bazar Tok Guru, yang diceritakan oleh Kickdafella. Panjang sangat kalau aku nak huraikan apa yg Kickdafella tulis di blog beliau, tapi yang jelas apabila masuk pihak lain iaitu Sensa Timur Sdn Bhd maka tujuan memaksimakan keuntungan timbul. Iaitu harga petak kedai naik 100% dan saiz kedai dikecilkan kepada 9″ x 10″. Projek Bazar Tok Guru sebetulnya projek yg bertujuan untuk pindahkan peniaga-peniaga dari Bazar Lama MPKB yg tidak lagi selamat untuk beroperasi, dan juga para peniaga dari Arked Uda iaitu lebih kurang 116 orang. Itulah tujuan awalnya sebab itu harga yg dimaklumkan ketika kami ke PMBK bulan April lalu cumalah lebih kurang RM40000, tapi sekarang sudah melonjak ke RM90000 lebih.

Jika projek ini tidak menjadi, aku antara orang yang sedikit duka. Sebabnya hajat umi dan abah untuk miliki satu hartanah baru di pusat bandar, di lokasi yang amat strategik itu tidak kesampaian. Oh ya, bagi aku ini mungkin agenda terancang. Mungkin bila reda isu ini, maka isu lain akan timbul pula. Sekarang aku mula dengar bibit-bibit cerita tentang Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Kita tunggu dan lihat. Apa-apa yang berlaku nanti aku taklah terkejut sangat.

One Comment

  1. [...] you read Kickdafella, then you will have more understanding about this [...]

Leave a Reply