Homemade pizza. Brup!

Aku tak ada apa nak post hari ni. Cuma nak ucap Selamat Menyambut Krismas kepada sesiapa yg menyambut Krismas. Tadi aku pegi Pacific KB Mall utk beli barang-barang nak buat pizza, kebetulan waktu ada la satu santa claus kurus (perut dia tak buncit pun), dia lalu depan aku dan bagi hadiah kat aku. Aku ambik je. Pastu aku pusing-pusing pergi ke bahagian cheese nak beli mozarella cheese, terserempak lagi dengan santa claus tu dan dapat lagi satu hadiah. Kemudian aku pun pergi nak ambik mauripan dan oregano, ada lagi santa claus kat situ..dapat lagi satu hadiah. Overall dapat tiga hadiah. hahaha. Dapat la 3 sarung kusyen brand Mandolin :)

Ni gambar pizza homemade yg aku dengan adik aku buat. Sedap. Bukan tak nak beli dari Pizza Hut, lagi sedap dari Pizza Hut punya. Kami buat 2 biji. Aku makan separuh biji.

Nak buat jugak? Bahan-bahan yg diperlukan ialah..

Mozarella Cheese, Oregano, Mauripan, Cendawan Butang, Bawang Besar, Nenas, Tepung Gandum, Capsicum, Sosej, Ayam, Udang, Susu segar, Tomato, dll. Resipi nak buat pizza ni kami dapat dari Kelas Masakan yg dianjurkan oleh Pos Malaysia Kelantan..kursus tu dah lama dah iaitu ketika mak aku kerja di situ. Kamu nak resipi godek-godek la Google, mesti jumpa. :)

Kalau kamu datang Kelantan dan nak makan Pizza, di Kota Bharu ni Pizza Hut ada Jalan Padang Garong berdekatan Wisma KWSP atau di sebelah bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yg famous dgn nama KSEDC, dan satu lagi dalam KB Mall. Kalau daerah lain, tak ada. Di Machang ada Pizza Hir, ini local brand. Pizza Hir ni kalau nak dibandingkan dengan pizza dalam gambar tu..yg dalam gambar tu lagi sedap. Aku harap Pizza Hir boleh keluarkan pizza bermutu dan sedap. Kotak cantik tak penting sbb dia bukan nak jual kotak, yg penting pizza mesti sedap.

[ad#nuffnang-4-segi-besar]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>