Saya harapkan 2010 yang indah.

2009 saya tinggalkan dengan rasa sayu dan terkilan, beberapa kesilapan di tengah tahun yg berpunca dari diri sendiri dan satu dua perancangan tertangguh yang harapnya dapat diteruskan pada 2010. Belajar dari kesilapan bukanlah sesuatu yg saya mahu. Semoga kesilapan sama tidak berulang di masa hadapan.

2009 ialah tahun yg paling banyak saya belajar. Belajar dari pengalaman dan manusia sekeliling. Dari situ pengalaman hidup yg indah. Berdepan pelbagai ragam manusia agak menyeronokkan tapi kadang-kadang menyakitkan. Jika boleh diundur, saya mahu kembali ke awal 2009 dan memilih untuk tidak memilih.

2010 merupakan tahun baru. Tahun pertama saya bergelar dewasa, ya sudah 24 tahun. Dan tahun pertama saya tamat belajar. Perancangan 2010 biarlah saya sematkan dalam hati dan minda saya, jika berjaya saya akan kongsikan. Jika tidak, sekali lagi saya akan mendapat pengalaman berguna.

Post kali ini cukup pendek. Selamat tahun baru, saya harapkan 2010 yang indah dan sama-sama kita laluinya dengan penuh jaya.

Leave a Reply