Apa perlu ada untuk trade forex?

Ni soalan biasa yang orang tanya kalau aku sebut pasal forex. Jawapan paling biasa aku bagi ialah,

  • Kena ada laptop/pc dan internet connection yang laju – ini kerana Forex ni guna internet dan laptop/pc. Laju macam mana? Macam yg celcom broadband, digi, streamyx dan potong-potong-potong duk iklan tu lah. Itu sahaja.
  • Kena ada duit. Duit untuk buka akaun micro atau standard – boleh trade juga kalau tak ada duit pun, iaitu trade dengan akaun demo. Tapi sesetengah orang tak galakkan guna demo. Bagi aku ok je, sebabnya aku dulu pun guna akaun demo juga kemudian baru masuk akaun real. Ya lah, tak kan tanpa ilmu terus nak masuk real account, mesti rugi punya. Dan bila nak masuk real tu, pesan sifu muda aku yg kacak..jangan lah sampai jual rumah dan tanah untuk modal trading. Pastikan itu duit yg kita sanggup rugi. Ada betulnya kata beliau, sebabnya forex ni tak menentu dan risikonya bukan rendah. Pernah sekali aku rasa sakit dada melihat chart eur-jpy memancut.
  • Kena ada guru – aku belajar bina laman web dan blog ni secara self learning. Try and error. Baca buku. Penat betul belajar macam tu dan ada satu ketika rasa nak give up apabila server hosting aku di USA terbakar. Jadi kena berguru, baru seronok dan proses pembelajaran pun tidak panjang. Lagipun, apabila kita ada seseorang untuk berkongsi (kongsi tip, panduan, soalan dsb), kita tidak mudah putus asa. Kita manusia biasa. Dan manusia pada satu tahap, kita akan sampai tahap tepu atau dengan kata lain kita akan demotivated. Bila berlaku demotivated ni, kita akan mudah putus asa. Jadi, bila ada guru, tengok dia  online pun dah rasa ada mood balik :-) Ini pengalaman aku sendiri.
  • Kena ada minat. Minat akan buat kita tidak kisah bekerja berjam-jam lamanya dan juga buat kita tidak kisah untuk rugi sedikit. Rugi adalah normal, dari situ kita belajar dari kesilapan dan kemudian perbetulkannya.

Cukuplah empat itu.

PS: Ada juga satu perkara yg selalu orang salah anggap bila sebut tentang forex. Nanti next post aku tulis.

InstaForex

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Google Buzz
  • LinkedIn

2 Comments

  1. az says:

    saya nak tanya,pasal ape tak boleh keluarkan duit.maybank dah beku .Rugi duit dlm akaun tak boleh keluar,Saya rasa forex ni ada yang tak kena,
    Kata dibenarkan BNM last2 kena beku akaun.Bank kata boleh cas bwh akta gubal wang haram dan penganas.Apa cerita.Buat kursus merata-rata tipu orang ramai.Kaut duit orang tapi benda tipu ,
    Makanla duit orang…

  2. atoqa says:

    nak cas bawah AMLA 2001 memang boleh kalau masuk pelaburan FOREX yang kononnya berdaftar di malaysia… sebab di Malaysia memang tak boleh set up company untuk mengambil deposit bagi tujuan pelaburan forex atau apa saja.. kecuali Bank2…

    pelaburan forex mana yang masuk tu? kalau FXCM/Insta/tadfx rasanya bukan.. sebab kalau la akaun dibekukan semata2 sebab melabur duit sendiri dgn foreign broker… mesti ramai full time trader yang kena…

    biasanya yang kena beku akaun adalah mereka yang memberi duit pada pihak ketiga untuk dilaburkan dalam forex….

    wallahualam….

Leave a Reply