Pesanan Bank Negara Malaysia, betul.

Dalam news yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang panas-panas golongan traders duk bercakap sekarang ni ialah tentang urusniaga matawang asing haram yang dijalankan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Sebetulnya berita ini beri tempias yang bukan sikit kat aku dan geng aku.

Ada empat point penting dalam news BNM ni.

1) Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara)

Aku rasa yang ini BNM merujuk kepada golongan introducing broker yang gelojoh nak dapat komisen dari trading traders yang buka akaun dengan mereka. Introducing broker ini akan dapat komisen dari setiap transaksi yang dibuat, sama macam remisier lah. Tak kira samada trader itu untung atau rugi, mereka tetap akan dapat komisen. Jadi, untuk menarik orang supaya buka akaun dengan mereka, maka mereka pun conduct kelas percuma, maklumlah kalau tak mana ada orang nak bagi kelas percuma. Teknikal analisis bukan mudah..

2) Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian

Akses mudah ini aku tak tau nak cakap apa. Sebabnya bila dah buka akaun, kalau ada User ID dan Password memang mudah nak akses. Yang susah kalau tak ada user id dan password. Foreign exchange memang menggunakan internet, maknanya dalam talian lah.

3) Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing

Ok, ini kisah benar seorang kawan perempuan aku yang baru habis degree UiTM. Beliau dihubungi sebuah syarikat dan syarikat tu tawarkan beliau pekerjaan dan latihan diberi selama sebulan pertama (on job training). Latihannya ialah bagaimana nak convince orang supaya melabur dengan syarikat mereka. Dan syarikat mereka ialah syarikat introducing broker. Kawan perempuan aku pula langsung tak tahu apa-apa berkenaan trading.

4) Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Apabila pekerja mereka dah dapat pelabur, si pelabur akan beri duit kepada syarikat tersebut untuk diniagakan dan keuntungan dibahagikan berdasarkan berapa-berapa yang dah dijanjikan. Panggilan margin atau margin call ialah bermaksud “makan modal”, maknanya habis duit sebab rugi. Menambah wang itu bermaksud menambah modal supaya mereka boleh terus melakukan trading.

Ini kisah benar aku, semasa part 4 di UiTM Machang dahulu, ada sorang lelaki hubungi aku dan datang jumpa aku di Sigai. Katanya dia dapat nombor telefon aku dari seorang Unit Trust Consultant dari Public M*****. Dia datang dengan pelbagai dokumen, dan dia beritahu syarikatnya financed by Saxo Bank. Saxo Bank ialah nama besar dalam forex ni. Cara mereka present pada kita memang umph! menyakinkan. Siap tunjuk ada agreement yang dimatikan stem untuk buktikan mereka tak menyalahi undang-undang, dan mereka juga tunjukkan rekod pembayaran keuntungan kepada pelabur-pelabur mereka. Ketika itu aku baru berjinak-jinak dengan forex (masih newbie) dan tidaklah arif tentang forex. Tapi setahu aku mereka tak boleh collect deposit dari orang ramai macam tu sebabnya BAFIA tak benarkan. Jadi aku pun tidaklah join mereka.

Ada dari mereka menggunakan alasan nak tolong orang Melayu! Difikir-fikir logik lah ye, kalau betul mereka boleh generate profit dari forex trading mereka, kenapa nak pakat-pakat dan share-share dengan orang lain? Kalau ada duit, trade lah sendiri. Jadi untung pun sendiri-sendiri lah dan tak perlu share dengan orang lain. Kalau rugi pun, tidak perlu susahkan diri untuk explain pada orang lain.

Jadi, kalau nak terlibat dengan forex ni, belajar sendiri dan trade sendiri. Kalau boleh ada godfather atau personal coach untuk kita rujuk dan bincang, kemudian tubuhkan team untuk discussion. Jangan bagi orang atau syarikat lain trade untuk kita. Kalau malas belajar, jangan terlibat urus niaga tukaran asing ini. Carilah bisnes lain.

Baiklah, post ini ditulis kerana beberapa orang hubungi aku melalui sms dan emel bertanyakan komen tentang perkara ini. Jadi post ini cuma pendapat aku yang tidak seberapa. Kalau kamu rasa apa yang aku tulis tidak betul, sila betulkan aku.

UPDATE: Foreign exchange (forex) traders in the country are upset over a recent Bank Negara caution on forex trading and want the Government to liberalise the domestic forex trading sector. Click here to read more

One Comment

  1. [...] read yesterday newspaper today. A bit late laa. But still relevant to update about this news, finally there is a respond from Malaysian traders Attached here for you to read, credited from [...]

Leave a Reply