Forex dan Bank Negara Malaysia
Baru-baru ini BNM membuat satu pengumuman agar berhati-hati dengan skim FOREX yang TIDAK SAH. Ya.. tentunya dengan apa saja yang tidak sah dari segi undang-undang, maka kita perlu berhati-hati. Persoalannya, adakah apa yang dipaparkan dalam akhbar itu tepat? Banyak persoalan yang belum dijawab sebenarnya seperti:
Apakah yang dimaksudkan dengan skim FOREX yang tidak sah itu?
Bagaimana Intrepetasi sebenar Exchange Control Act 1953 dalam soal ini?
Saya tidak menafikan wujud skim yang cuba menangguk di air keruh menggunakan skim FOREX ini. Namun begitu, rakyat perlu jelas konsep dan takrifan undang-undang sebenar mengenai FOREX agar penilaian dapat dilakukan dengan adil.
Sesetengah blogger pada saya mengupas isu ini dengan agak dangkal. Mereka hanya “copy paste” artikel tanpa memberikan ulasan yang adil, lantas mudah melabelkan orang yang terlibat dengan forex sebagai bodoh dan low mentality..:) Admin blog tersebut mungkin terdiri drp:
- Orang yang tak pernah terlibat dengan Forex
- Orang yang mengalami kerugian besar dalam Forex akibat kebodohan sendiri dan akhirnya terlalu kecewa sehingga berpatah arang berkerat rotan dengan Forex
- Orang yang memang tak faham apa sebenarnya isu Forex ini menyebabkan mereka tak pasti Forex ni scam atau tidak.
Saya akan cuba menjawab persoalan ini secara mudah. InsyaAllah.
Mengapa BNM Begitu Tegas dengan Forex?
FOREX merupakan pasaran kewangan yang paling volatile. Dalam erti kata lain ia amat berisiko. Jesteru, BNM mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan rakyat Malaysia dimanipulasi oleh golongan-golongan tertentu yang ingin mengambil kesempatan.
Jadi Apakah Melibatkan Diri Dalam Forex itu Salah?
YA dan TIDAK.
Kita perlu melihat isu ini dari konteks undang-undang. Mengikut Perkara 4(1), ECA 1953, Di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh berurusniaga Fores dan EMAS. Dalam erti kata lain, mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh berurusniaga Forex di Malaysia ini. Di Malaysia agen-agen Forex berdaftar merujuk kepada Pengurup Matawang Berlesen (BNM)
Secara mudah, melalui konteks ECA 1953, anda tidak boleh menjalankan aktiviti tukaran wang asing seperti pengurup mata wang jika tidak berlesen. Simple as that.
Bagaimana Dengan Forex Trading Melalui Internet?
Inilah yang menjadi isu apabila ECA dibaca secara buta tuli. Lantas, semua yang berkaitan Forex akan dihentam tanpa sebarang rasa rendah diri bahawa mungkin yang menghentam tu pun tak tahu undang-undang sebenarnya.
Untuk makluman semua, ECA 1953 DIKEMASKINI pada tahun 1969. Jesteru, tiada satu peruntukkan khas yang benar-benar jelas untuk mengawal selia urusniaga Forex melalui internet ini memandangkan penggunaan Internet untuk Forextrading bermula sekita 1990-an.
Yang salah dalam ruang lingkup ECA 1953 adalah menjalankan urusniaga jual beli matawang asing tanpa lessen, atau membantu, memujuk dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan di Malaysia samada kepada Residen atau Non-Residen.
Realiti Forex Trading Sekarang
Memandangkan Malaysia tidak mempunyai broker yang sah untuk menguruskan urusniaga FOREX, maka sesiapa yang mempunyai kemampuan boleh saja berurusniaga dengan broker-broker berdaftar di negara-negara maju yang lain seperti UK atau US. Broker-broker seperti FXCM, Interbank etc, adalah broker yang sah dari segi perundangan Negara mereka.
Apabila rakyat Malaysia menggunakan broker ini sebagai platform, samalah seperti kita membeli pelaburan di Negara UK atau US dan ia tidak termasuk di bawah bidangkuasa ECA 1953 dalam konteks yang dinyatakan tetapi termasuk dalam EXCHANGE CONTROL NOTICES 9 –Investment Abroad di bawah tajuk ini
“Investment By Individual” -
A resident individual with domestic ringgit credit facilities is allowed to convert ringgit into foreign currency up to RM1 million per calendar year for investment in foreign currency assets.
Kalau Residen yang ada pinjaman domestik pun dibenarkan, apalagi kalau duit sendiri… Jadi kalaupun nak jadi isu adalah sekiranya, jumlah pelaburan luar negara melebihi limit yang ditetapkan, itu saja..
Credit daripada betarian. Baca lagi di sini





















[...] So, sempat lagi ni sesiapa yang nak bonus untuk akaun mereka. Bukan sikit tu, Deposit USD300 dapat bonuse USD200. Maknanya akaun akan ada USD500. Itu sudah bagus. oh, ini bukan scam ye. [...]