Pos ni ditulis kerana aku tengok di search result, ada visitors blog ini yg tiba di sini dgn keyword Cara daftar syarikat Sdn Bhd. Baiklah, sikit-sikit aku share kat sini.
Daftar syarikat Sdn Bhd, pertama sekali kena buat carian nama. Iaitu dengan menggunakan Form 13A dihantar bersama cover letter, dan dibayar RM30 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sekali carian nama dilakukan. Jika perlu, lampirkan approval letter daripada holding company. Kalau nama yg anda kehendaki itu sudah tidak available, jadi kena buat carian lain dan bayar lagi RM30. Form 13A itu akan disediakan oleh setiausaha syarikat yg anda lantik. Nak buat carian nama ni pun kadang-kadang boleh pening kepala.
Jadi, carilah sebuah syarikat yg menyediakan perkhidmatan company secretary. Company secretary ini ada beberapa org yg salah faham. Dia bukan setiausaha yg mcm setiausaha bos tu, no no. Mereka ada lesen dan accounting firm ada buat perkhidmatan ini. Lebih lanjut, baca kat sini.
Lepas Form 13A dihantar dan maklumbalas diterima mengatakan nama dicadangkan diluluskan (biasanya 1 hari). SSM akan keluarkan approval letter iaitu berupa pengesahan nama dicadangkan telah diluluskan. Lepas tu kena pula lodge dokumen berikut kepada SSM:
- Form 48 A (the statutory declaration of compliance)
- Form 6 (statutory declaration of compliance) upholding compliance with the requirements of the Companies Act 1965 and the Companies Regulations on matters precedent and incidental to the company’s registration. This form must be filed by the company secretary.
- Memorandum of Association & Article of Association stamp pad di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dibayar RM100 setiap satu.
- The original Form 13A and a copy of the letter from the CCM approving the name of the company have to be attached as well. Kalau syarikat yg nak ditubuhkan itu merupakan anak syarikat, kena ada approval letter drpd holding company.
Lepas semua dokumen di atas lodge pada SSM, maka syarikat pun wujudlah! SSM akan keluarkan Certificate 9 atau Sijil 9, iaitu macam surat beranak bagi syarikat.
Kemudian, selepas dapat Sijil 9, kena pula lodge dokumen dibawah:
- Form 24, regarding share
- Form 44, regarding registered office
- Form 49, regarding company’s directors (2 orang)
Aku tak pasti berapa standard fee yg dikenakan bagi khidmat company secretary ini. Biasanya RM2500. Manakala caj khidmat bulanan ialah RM60. Di Kota Bharu ni banyak sangat accounting firm, secretary firm, audit firm..contohnya, Ahmad Nasir Tax Accountant, Jamal Amin & Partners, Wan Nazir & Co, Saifuddin & Partners dan macam-macam lagi.
Amount yg perlu dibayar kpd Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk pendaftaran ialah bergantung kepada authorized share capital berdasarkan kadar-kadar tertentu.
- RM1000 untuk authorized capital up to RM100,000
- RM2000 untuk authorized capital up to RM100,001-RM500,000
- RM5000 untuk authorized capital up to RM500,001-RM1,000,000
- RM20,000 untuk authorized capital up to RM1,000,001-RM25,000,000
- RM40,000 untuk authorized capital up to RM25,000,001-RM50,000,000
- RM50,000 untuk authorized capital up to RM25,000,001-RM100,000,000
- RM70,000 untuk authorized capital up over RM100,000,000
Ok, so now you can commence your business.
Kalau kamu pening dengan apa yang aku tulis ni, tak payah fikir banyak-banyak. Serahkan sahaja pada Company Secretary untuk diuruskan kerana semua di atas adalah kerja seorang Company Secretary. Cuma bayar pada mereka.
Ni aku nak komplen pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, baru-baru ada sorang kawan aku nak buat carian nama untuk satu construction company, bila disemak secara online, semuanya nampak macam nama tu berpotensi lulus..tapi bila apply dan bayar RM30 nama tak lulus jugak. Bukan sekali buat carian nama, tapi tiga kali. Jadi, untuk carian nama sahaja dah habiskan RM90. Aku fikir, sistem yg digunakannya itu masih tidak diupdate secara kerap.





