Secret of Forex Millionaires

DSC00329

Hah..itu tajuk buku yang aku beli tadi di Popular KB Mall. Harga buku RM49.90 tapi ada diskaun 20%. Penulisnya ialah Yeo Keong Hee, beliau ni CFA lah.

Kandungan utama buku ini ialah tentang teknikal analisis, macam kita duk biasa guna tapi penerangannya detail jugak.

Ada menyentuh tentang basic forex yang mana aku jangka semua trader tahu iaitu candlestick, resistance dan support, moving averages convergence divergence,  stochastic oscillator, RSI, CCI, Accelator Oscillator, Bollinger band, cara nak kenal pasti trend, cara-cara nak open position atau entry, dan sebagainya.

Jujurnya, aku recommend buku ini terutamanya kepada newbie. Penerangannya bagus dan dia menulis dari pengalaman. Gambar-gambar dalam buku ni semuanya berwarna jadi kalau baca tu tak bosanlah. Dibandingkan dengan buku Azizi Ali yang berkait dengan teknikal analisis, aku rasa yang ni lagi bagus. Tak lah nampak dia nak jual buku sangat.

Ada juga beliau beritahu pada awal-awal jadi trader, beliau rugi USD20,000. Itu cerita biasa sebenarnya. Salah seorang coach aku pun pernah rugi dengan jumlah lebih kurang itu. Aku pun pernah rugi juga, kurang USD1000 sebab kena margin call gara-gara aku terlalu yakin dan masuk lot besar. Kesilapan money management ditambah pula dengan masalah putus internet connection pada hari raya lepas. Sekarang aku mula balik dgn modal baru di broker tu dan buka satu broker lain untuk bereksperimen.

DSC00331

Aku sekarang masih lagi dalam mode sell Eur-Jpy. Nampaknya makan besar lah sapa-sapa yang sell Eur-Jpy dan Gbp-Jpy hari ni. Penurunan Gbp-Jpy memang sesuatu yang dinantikan oleh gologan trader kerana pembentukan decending triangle pada minggu lepas. Eur-Jpy pulak hari ni terus turun bagai dijangka. Hohoho aku gumbira oh gembira.

Sehingga sekarang aku masih lagi dengan forex broker aku iaitu Instaforex. Tadawulfx aku cuma guna apabila betul-betul yakin untuk open position (macam hari ni) kerana di Tadawulfx, lot paling kecilnya ialah 0.5..kecil tu bagi aku yang newbie ni agak besar dibandingkan dengan Instaforex yang boleh buat entry dari serendah 0.01. Sesuai juga untuk eksperimen.

Aku masih kekalkan broker Tadawulfx ni kerana mereka tiap-tiap hari hantar analisis yang reliable kepada clients mereka. Kalau ada modal gaban besar, no problem untuk stick kepada broker Tadawulfx ni sahaja. Yang penting, dua-dua ada Islamik akaun.

Leave a Reply