Hollywood style Kota Bharu!
Sebetulnya ini bukan berita yang menarik bagi aku, dan aku percaya ramai yang tidak gemar dengan berita ini. Maklum sahaja, Kelantan amat popular dengan slogan Membangun Bersama Islam dan Kota Bharu Bandaraya Islam.Sudahlah sekarang ada suara-suara tidak setuju Jom Heboh yang akan diadakan nanti di Kota Bharu, sekarang ditambah pula dengan ala-ala Hollywood di Kota Bharu Trade Center (KBTC).
Dibawah ini news credited dari Sinar Harian.
KOTA BHARU – Pengurusan Kota Bharu Trade Centre (KBTC) kini dalam rundingan bersama Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam untuk mewujudkan Mini Hollywood di tempat mereka.
Pengarahnya, Nik Abdul Hamid Che Hamat berkata, pihaknya sudah menghantar cadangan kertas kerja untuk melaksanakan projek berkenaan bagi menarik lebih ramai pengunjung muda ke KBTC.
Menurutnya, pihak bercadang untuk mewujudkan pusat aktiviti hiburan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti snuker, permainan luncur ais namun tidak bercadang untuk mewujudkan panggung wayang.
“Sekiranya diluluskan ia akan diwujudkan di tingkat empat KBTC untuk ruangan hiburan ini dan asalkan ia tidak haram,” katanya kepada pemberita semalam ketika mengulas berhubung masih terdapatnya ruang niaga yang kosong dekat sini.
Terdahulu beliau bersama, Pengurus KBTC, Zainab Ahmad sempena sidang media Majlis Kebajikan KBTC semalam.
Nik Abdul Hamid berkata, perkembangan semasa semenjak beroperasi tahun lepas sudah 90 peratus lot-lot kedai sudah beroperasi dan hanya tinggal 10 peratus lagi masih belum memulakan perniagaan dan semua ruang niaga itu sudah dibeli.
“Bagaimanapun pihak pengurusan juga sudah mengadakan rundingan bersama peniaga berkaitan supaya membuka kedai mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Nik Abdul Hamid berkata, pada tahun depan pihaknya akan memulakan pembinaan fasa kedua melibatkan perkhidmatan perhotelan dan apartmen.
“Kita akan menambah 17 tingkat lagi dan menjadikannya sebanyak 25 tingkat kesemuanya tetapi ia juga bergantung pada permintaan,” katanya.
PS: Oooooooooooohhh tolonglah jangan jadi………..





















Sekarang ni RADIX cafe (klon KFC) dah beroperasi kat KBTC.
Kalau nak buat panggung wayang pun diaorang kena aku dengan syarat kerajaan negeri: Separated counter & seat, panggung xleh gelap dll.