Antara pelajar terbaik SPM 2009
Aku baru balik dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di Jalan Merbau, Kota Bharu. Pergi sambut adik jadi antara best student di sekolah tu.
Gambar di bawah tu top 19 best student dari Maahad Muhammadi Perempuan ni melahirkan seorang pelajar yang dapat 15A (10A+), seorang pelajar 14A (9A+), sembilan orang 12A dan selebihnya kamu boleh tengok dalam senarai di bawah.

Adik aku duk nombor 10 dalam senarai 19 pelajar terbaik sekolahnya, iaitu sekolah yg melahirkan pelajar terbaik SPM 2008 iaitu Nik Normadiha. Tahun ni nampaknya tak ada yang menandingi Nik Normadiha. Aku diberitahu keputusan di Maahad Muhammadi Lelaki lebih baik kerana best studentnya dapat A+ nya lebih, yang mana pelajar terbaiknya mendapat 15A iaitu 12A+ dan 3A.
Pelajar nombor satu Maahad Muhammadi Perempuan namanya, Habibah anak kepada sepupu mak aku. Beliau dapat 15A iaitu 10A+. Adik aku dapat 12A iaitu 6A+, 5A1 dan 1A2. Slip keputusan exam kat bawah ni adik aku punya.
Berbeza dengan tahun-tahun sudah, dahulu paling tinggi ialah A1 tapi sekarang A+ lebih tinggi dari A1. Makin pandai lah budak-budak sekarang ni.

Gambar kat atas tu ialah Habibah, pelajar terbaik SPM 2009 di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP). Secara keseluruhan, sekolah ini mencatat peratus kelulusan 100%.
Macam tahun-tahun sudah..sebagus mana pun sekolah-sekolah kerajaan negeri ia tidak akan di paparkan secara umum di media massa. Macam Nik Normadiha dulu pun, apabila keluar di TV3, Buletin Utama sebut beliau dari SMK Naim Lilbanat dan bukannya Maahad Muhammadi Perempuan. Ohh itu biasalah..bias.
PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu.
Keputusan keseluruhan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.























kirim salam kat sumayyah ye
tahniah buat semua.
sebenarnya kita orang islam ni pandai!
cuma nak taknak malas je.
kan?
^_^
bereh zida. zida pun, all d best ok.