Industri Kreatif Multimedia

D D Multimedia Solutions (Darul Digital) dengan kerjasama pihak MSC Malaysia akan menjalankan Program Pengenalan Kepada Industri Kreatif Multimedia.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi maklumat dan membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang ICT dan Multimedia, khususnya dalam bidang kreatif. Melalui program ini, peserta yang hadir boleh mendapatkan maklumat mengenai peluang perniagaan dalam bidang ini di samping mengetahui lebih lanjut mengenai program-program usahawan yang disediakan oleh pihak kami.

Program ini akan disampaikan oleh Dr Nik Marzuki Nik Muhammad, Pengarah Urusan Visualxtreme Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat bertaraf MSC Malaysia Status.

Program ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 Mei 2010

Tempat : Darul Digital, Tingkat 3, KB Bazaar, Kota Bharu, Kelantan

Masa : 9 pagi hingga 5 petang.

Pendaftaran untuk menyertai program ini adalah secara PERCUMA dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi :

Nama : Puan Susilawati

No. telefon : 09-747 3800

Email: artie_73@yahoo.com atau susilawati@daruldigital.com.my

Leave a Reply