Kelantan bakal perkenal ‘Pondok Pelancongan’

Kelantan akan membina sebuah ‘pondok pelancongan‘ bagi memudahkan pelancong yang berkunjung ke negeri ini mempelajari ilmu agama. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pondok tersebut dicadang dibina di Kampung Kandis, Bachok. Cadangan tersebut katanya telah diusulkan kepada mesyuarat khas semalam.

“Orang luar yang nak duduk di sini atau waktu tertentu datang untuk mendengar kuliah agama, belajar atau sebagainya boleh berbuat demikian,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Hari Guru Pasti Peringkat Negeri Kelantan, 2010, di Balai Islam, Lundang, di sini pagi tadi.

Jelasnya, melalui kaedah ini orang ramai termasuk masyarakat luar boleh membeli rumah pondok tersebut, bagaimanapun tidak boleh dijadikan harta pusaka. Sistem pembelajaran pula katanya akan dibentuk sama seperti sistem pendidikan pondok yang ada di negeri itu.

Jelasnya, Kelantan tidak ketandusan tenaga pengajar kerana sejak awal lagi rakyat negeri ini meminati pengajian agama. Pondok Pelancongan juga jelasnya, hanyalah sebahagian penambahan kepada pondok-pondok yang sedia ada.

Ramai cari Instaforex hari ni

instaforexScreenshot di atas tu keywords yang Nuffnang analytics punya. Ramai juga yang cari pasal Instaforex hari ni. Memandangkan ada yang cari, maka sedikit-sedikit aku huraikan hasil carian kamu.

Ib Instaforex

Boleh ke website Instaforex untuk lihat senarai Introducing Broker bagi Instaforex ni. Kalau nak buka akaun, isi borang di sini pastu hubungi sahaja Introducing Broker di negeri masing-masing.

Syarikat tolong trading forex

Ini boleh baca ulasannya di sini. Detail sudah aku detailkan disini amaran Bank Negara dan komen dari orang yang tak tau.

Micro akaun Instaforex

Akaun Instaforex ni semuanya satu jenis je. Standard. Kalau nak trade lot besar, masa nak open position tu pilih sahaja volume size yang kamu mahu. Kalau duit banyak, boleh trade volume besar lot besar dan sebaliknya.

Facebook kalahkan Google?

Bukan aku seorang yang begini. Aku agak ramai lagi blogger lain yang addictive dengan Facebook. Bukana sahaja individu, malah syarikat-syarikat pun begitu. Lihat sahaja iklan Celcom, Maxis, Digi, Instaforex, Pizza Hut dan lain-lain. Kebiasaannya mereka akan letak link Facebook page mereka. Di situ, dapat berhubung dengan rakan lebih pantas, soalan lebih cepat dijawab, iklan lebih cepat sampai kepada pengguna. Update beberapa baris pun sudah cukup. Apabila soalan-soalan senang dijawab oleh rakan-rakan Facebook, tidak perlu lagi ke Google untuk search for info or answer. Relatifnya begitu pada pandangan aku. Lihat chart di bawah. Oh, itu bukan chart Forex, tapi chart membandingkan Facebook dan Google.

Google sudah merasa bahangnya, kerana itu Google Buzz di lahirkan. Tapi mampukan melawan ketagih Facebook ini?