Logo halal ialah perniagaan
Hampir semua pengusaha restoren dan penyedia makanan mahukan Sijil Halal. Kalau bayar pun sanggup. Apabila dibayar, ia merupakan bisnes yang menguntungkan, maklum sahaja permintaan tinggi. Bayangkan sahaja berapa banyak peniaga makanan di Malaysia ini, sudah tentu anda dapat bayangkan betapa besarnya pasaran Logo Halal ni. Penyedia pula sudah tentu sibuk.. amat sibuk sehingga urusan meluluskannya cuma dibuat melalui telefon sahaja.
Kita semua (pengguna) sudah tentu tak gemar dan sembang-sembang di Facebook pun nampaknya hari ni berkisar tentang Kopitiam Halal dan Haram je.
Sekarang apa yang penyedia makanan tak mahu? Logo Haram bukan? Tukar sahaja Logo Halal atau Sijil Halal kepada Logo Haram. Kerana penyedia makanan sudah tentu tidak mahu premis atau perniagaan mereka di iktiraf haram. Dan, Logo Halal atau Sijil Halal sepatutnya bukanlah dijadikan bisnes supaya semua pihak betul-betul bertanggungjawab.




